Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Saya mengalu-alukan kehadiran semua pelajar ke laman rasmi Kolej Kediaman Dahlia. Laman ini disediakan sebagai ruang maklumat dan juga sebagai medium komunikasi antara pihak pengurusan dan warga kolej.
Kolej Kediaman Dahlia berperanan sebagai tempat tinggal dan juga sebagai ruang pembentukan sahsiah pelajar. Kehidupan di kolej memberi peluang untuk belajar berdikari dan belajar bekerjasama serta belajar menghormati antara satu sama lain. Nilai ini penting untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan juga sahsiah.
Pihak pengurusan kolej sentiasa berusaha menyediakan persekitaran yang selesa dan selamat. Kemudahan yang ada perlu digunakan dengan baik dan dijaga bersama. Disiplin dan tanggungjawab setiap pelajar sangat penting untuk memastikan suasana kolej sentiasa teratur dan harmoni.
Saya berharap pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti kolej. Aktiviti ini membantu membina keyakinan diri dan kemahiran insaniah. Kerjasama antara pelajar dan pihak kolej amat diperlukan supaya setiap program dapat berjalan dengan lancar.
Akhir kata, saya mendoakan agar semua pelajar Kolej Kediaman Dahlia sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bersemangat sepanjang pengajian di UiTM Kampus Puncak Alam. Semoga laman ini dapat dimanfaatkan oleh semua warga kolej.
Puan Fatimah Binti Sham
Pengetua
Kolej Dahlia
UiTM Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Madani,
Salam UiTM Dihatiku.
๐พSELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN & HARI GAWAI 2026 ๐พ
Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) Dahlia ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh warga UiTM yang meraikannya pada 30 & 31 Mei 2026 serta Hari Gawai pada 1 & 2 Jun 2026.
Semoga sambutan perayaan ini membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan mengeratkan lagi perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum dan budaya.
๐พ Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan
๐บ Gayu Guru Gerai Nyamai
Sekian, terima kasih.
๐ฉ๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐ ๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐
๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท๐ท
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐๐๐ซ๐ฐ๐๐ค๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐๐ฃ ๐๐๐ก๐ฅ๐ข๐
๐๐๐ฌ๐ข ๐๐๐๐/๐๐๐๐
๐ผ๐๐ป๐ด ๐ช๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐๐
๐ฒ๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐
PROSES DAFTAR KELUAR (CLEARANCE) PELAJAR KOLEJ DAHLIA
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku.
Merujuk perkara di atas, JPK Dahlia ingin memaklumkan berkaitan proses daftar keluar (clearance) seperti ketetapan berikut:
ย Isnin โ Jumaat
ย 8.00 a.m. โ 5.00 p.m. (Rehat: 1.00 โ 2.00 p.m.)
ย URHP Kolej Dahlia,
ย Isi dan cetak slip clearance di:
ย [https://erekod.uitm.edu.my/eRekodStudent/]
ย Pastikan tiada tunggakan yuran kolej dan bil elektrik .
ย Hantar slip clearance,resit bayaran elektrik dan yuran ke URHP
ย PERINGATAN:
ย Pastikan semua suis ditutup sebelum keluar.
ย Tidak meninggalkan barang di dalam bilik.
ย Tutup semua pili air dengan rapat.
ย Hantar kunci rumah dan bilik di URHP.
ย Sila kosongkan bilik dalam masa 24 jam selepas tamat kertas peperiksaan terakhir.
ย Tarikh Akhir Clearance: 23 Februari 2026
Sekian, Terima Kasih.
๐ฉ๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐ ๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐๐๐ซ๐ฐ๐๐ค๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐๐ฃ ๐๐๐ก๐ฅ๐ข๐
๐๐๐ฌ๐ข ๐๐๐๐/๐๐๐๐
๐ผ๐๐ป๐ด ๐ช๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐๐
๐ฒ๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐ย
PEMAKLUMAN PENGGUNAAN BILIK BACAAN
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam Madani,
Salam UiTM DiHatiku.
Dimaklumkan bahawa semua pelajar yang ingin menggunakan Bilik Bacaan Kolej Dahlia hendaklah mengisi borang penggunaan terlebih dahulu sebagai rekod dan bagi tujuan penyelarasan penggunaan ruang.
Langkah ini bertujuan memastikan kemudahan bilik bacaan dapat digunakan secara teratur, selesa dan efisien oleh semua pelajar.
Selain itu, para pelajar juga diingatkan agar sentiasa menjaga sahsiah diri, penampilan dan berpakaian kemas serta sopan sepanjang berada di dalam Bilik Bacaan.
ย Borang Penggunaan Bilik Bacaan Dahlia: ย https://forms.gle/aU128xdhvdLBrNqg7
Kerjasama semua pelajar dalam mematuhi ketetapan ini amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih.
๐ฉ๐๐๐๐๐๐ ๐ป๐๐๐๐๐ ๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐๐๐ซ๐ฐ๐๐ค๐ข๐ฅ๐๐ง ๐๐จ๐ฅ๐๐ฃ ๐๐๐ก๐ฅ๐ข๐
๐๐๐ฌ๐ข ๐๐๐๐/๐๐๐๐
๐ผ๐๐ป๐ด ๐ช๐๐๐๐๐๐๐ ๐บ๐๐๐๐๐๐๐
๐ฒ๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐ ๐จ๐๐๐ย